
|
Biarlah Tuhanmu Mendakapnya Seeratnya, Wahai Sahabat
Sunday, May 08, 2016 @ 18:10:00 | 0 Comment [s]
Hi Assalamualaikum ,
Just recently (Just a couple minutes ago) I got a bad news
from the girls’ group . It was such a flabbergasting to everyone, knowing that
one of our friends just lost her father – lucky she went back from her campus (Kelantan)
already and actually she was hanging out with Hani, (my best-friend also)
heading to the book festival when she received a call from her brother asking
her to go back faster. IDK what exactly the brother told her but according to
Hani he was crying while talking and it seems clearly something wrong is
happening in their house/family. So, rushing back to the home and she left Hani
there (IDK) . Some more, it seems very improper either for Hani to go back with
her or she wants to bring Hani home since it is kinda her family matter which
is it could be a esoteric thing and infelicitous thing to do when family is in
trouble. So, after a while Hani received a call saying that her dad has passed
away. Innalillahiwainnailaihiraji’un kardeşim ya. Allah rahmat eyleysin . Allah
yardımcı olsun kardeşim ..
So , here goes my love letter to you my dear love sister
Siti Humairah binti Saiful Hisham,
Kehilangan,
perpisahan, kesedihan, keperitan, kesunyian, kerinduan – dan itulah
perkataan-perkataan yang sebolehnya kita tak mahu mereka wujud namun itu sudah
menjadi asam garam realiti kehidupan yang telah diatur oleh tuhan yang maha
esa, yang perlu kita terima. Mahu atau
tidak mahu, kita perlu relakan hati. Wujudnya qadak dan qadar, tawakkal dan redha
, itu semua adalah untuk menguji tahap kepercayaan kita pada tuhan yang esa,
sejauh mana kita mengesakan dia dan untuk melihat siapa yang kita letak paling
UTAMA jauh di sudut sanubari. Tanya pada diri, andai Allah adalah yang pertama,
kenapa tidak aku menerima semua ketentuannya ? Andai Allah yang utama, kenapa
tidak aku percaya bahawa Allah akan menjaga yang paling aku sayang dalam
dakapannya ? Benar, berkata itu mudah. Nak buat ? Allahu .. Beratnya , sukarnya
... Seringkali terjatuh setiap kali cuba untuk bangkit. Bagaikan bayi yang baru
bertatih untuk berjalan! Maira masih ingat apa yang Allah kata dalam surah
Al-Baqarah ayat 286 Allah berfirman, “Allah tidak membebankan seseorang
melainkan sesuai dengan kemampuannya” – dan Maira sedar atau tidak, bahawa
Allah sedang mengangkat darjat Maira seandainya Maira redha akan ujian yang sedang
melanda Maira sekarang. Allah melihat Maira sebagai seorang hamba yang kental
dan kuat untuk menerima ujian ini. Bukan Pia, bukan Hani. Kami belum kuat untuk
menerima ujian kehilangan. Maka, Maira kuatkanlah hati Maira. Pia tahu Maira
kuat, Pia tahu Maira boleh. Pia dan Hani yakin, Maira mampu melawan perasaan
sedih yang sedang membelenggu Maira sekarang. Maira, kenapa bersedih kalau
Maira yakin bahawa Allah sedang mendakap erat insan yang Maira sayang. Kenapa
bersedih kalau Maira tahu orang yang Maira sayang sedang bergembira menemui
tuhan kita dan inshaAllah menemui kekasih yang sudah lama dia ingin bertemu.
Bukankah ‘sweet’ jika penghubung antara Maira dan orang yang maira sayang itu
adalah doa yang tidak putus-putus? Kalau Maira masih ingat, dulu pernah kita
berada dalam kumpulan bulatan gembira (usrah) bersama dan membincangkan
mengenai amalan yang tidak akan pernah putus walaupun kita sudah tiada. Salah
satunya ialah doa anak yang soleh. Ingatlah untuk sentiasa mengirimkan doa
kepada dia melalui doa supaya pahalanya tidak pernah putus walau jasadnya tidak
lagi dapat kita lihat dengan mata kasar. Orang kata, hilang di mata tapi tidak
di hati. Masih segar bukan segala kenangan yang tercipta antara Maira dan orang
yang Maira sayang. Maka, jangan lupa walau sesaat untuk sentiasa mendoakan yang
baik-baik buatnya. Atas apa yang terjadi, jangan pernah Maira menyalahkan
takdir yang menimpa. Jangan sesekali. Ingatlah, tuhan itu tidak pernah zalim.
Buktinya, rujuklah surah Yunus ayat 44. Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah
tidak menzalimi manusia sedikit pun bahkan manusia itulah yang menzalimi diri
mereka sendiri”.
Sayang,
Letakkan sepenuh kepercayaan pada Tuhan yang esa bahawa
Allah memanggilnya pulang untuk didakap, disayangi dan dibelai sepenuhnya di
alam sana. Alam sementara yang kita masih lagi bernafas di atasnya ini bukan
lagi tempat yang sesuai untuk dia terus berada. Tanggungjawab demi
tanggungjawab yang perlu dipikulnya sudah tidak mampu lagi untuk dia laksanakan
maka tuhan memanggilnya balik ke tempat asal dia diciptakan supaya dia dapat
berehat dengan tenang disisi penciptanya yang paling agung. Siapa yang lebih
hebat menyayangi di antara penyayang-penyayang yang lain ? “Kullu Nafsim Zaa’iqatul
Maut- Setiap yang hidup itu pasti akan mati”. Memetik seruan Nabi Musa kepada
pengikutnya yang tertulis di buku hikmat kita iaitu Quran-ul Karim,Surah Yunus
ayat 84, “Wahai kaumku,jika kamu beriman kepada Allah, maka bertwakkal-lah
kepadanya, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri”. Tepuk dada, Tanya imanmu
sayang. Sungguh, dalam waktu sukar sebegini hati mana tak patah? Hati mana tak
rapuh? Jiwa mana tak berkecai? Iman siapa tak sedikit pun tergoyah? Separuh
diri telah pergi kot. Tapi, apalah gunanya sahabat andai tidak dapat menyuntik
semula semangat, mengingatkan masing-masing yang sering terlupa,mengangkat
sahabat yang terjatuh, memegang erat tangan sahabat , memikul semula sahabat
agar tidak terus terlena dibuai perasaan sedih yang terus membesar di dalam
jiwa dan ketika Iman tidak berada di tempat yang sepatutnya ia berada. Kita
manusia . Mudah leka, alpa dan terlupa. Iman pula terkadang di atas, terkadang
di bawah – susah dijangka ! Ingatlah adikku yang jauh dimata dekat dihati,
dikala dirimu sedang berusaha untuk terus kuat, waktu itulah syaitan merasakan
peluang paling besar untuknya membisikkan kata-kata berupa negativiti untuk
menghanyutkan dirimu agar terus berada bersamanya di jalan yang di akhirnya
bukan ke syurga namun sebaliknya, neraka jahannam *na’uzubillah*. Teruskan
berusaha untuk kentalkan hatimu. Sandarkan hatimu,keyakinanmu,kepercayaanmu
terhadap dia yang maha mengetahui. Dia merancang berjuta kebaikan (beyond
infinity indeed) untukmu apabila ditariknya sesuatu dari kamu yang kamu sayang
dan cinta. Ingatlah, cinta kamu seharusnya kepada Allah yang maha esa yang
paling utama , kerana apa ? Kerana yang menentukan segala peracanganmu itu
adalah dia, dan sesungguhnya semua yang berlaku adalah dengan keizinannya. Apa
pun yang kamu lakukan PERLU berbalik semula pada Allah . Sungguh, Allah itu
maha mengetahui dan maha bijaksana. Andai warkah cinta kakak kesayanganmu
As I got the bad news, I can feel the sadness she feels. I
put myself in hers. We’re indeed like siblings
when we were in Turkey. We did everything together. We know every each of us weaknesses
and stories. How can I say I can’t feel what she feels? Tears rolling down my
face like leaking pipe though. Allah... Make her and her family strong to accept
all these. I know you’re strong girl ! Allah is with you sayang . Jangan gagal
.
|
Tuan Tanah Hello ! Welcome to my small world! Happy landing on my thoughts airport. Not a new blogger and this is my second blog yeay! Have been blogging since 2010 *weehoo* I can be a writing addict some times. I share some random thoughts or anything that I feel necessary to share. I pour my complicated thoughts here. Well you can say I'm a loner when you actually are still reading my blog and keep yourself busy updating how my life is going on >_^ ngeh! | Welcome | Hoş Geldiniz Herkese | <3 HAPPY READING LOVES <3
Click It! Besties Back : Kalong Fatin Najwa From Left : Maira -> Pia (me) -> hanicim
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : Sofia Liyanas
|